Seorang makcik peniaga kedai makan dan kedai runcit kaler kuning di bucu pagar pasar. Tak muda, tak berapa tua, tak tahu kawan berapa umur makcik tu.
Masa kawan datang kutip hutang dia campak duit RM 30 atas meja sambil buat muka. Kaya sungguh makcik ni, main campak ja duit. Memang dia kaya, anaknya seorang pilot.!
Semasa melangkah keluar dari kedai kawan terserempak dengan anak makcik tu, masih berseragam sekolah rendah sedang memandu arah sebuah kapal terbang remote control.
Kawan berlalu pergi, hati dengan penuh azam berulang kali menyebut
”
kapal selam,
kapal selam,
kapal selam..”
Popularity: 1% [?]














