Icon Kain Pelikat dan walkthrough


30 minutes of procrastinating.
download PSD

Popularity: 24% [?]

Posted in Design, photoshop | Tagged , , , , | 5 Comments

Ikon takde tajuk

Popularity: 20% [?]

Posted in Uncategorized | Tagged , , , | Leave a comment

Kits Pasukan Bola Sepak Kelantan Dan Terengganu

kits terengganu dan kelantan

Kits pasukan bola sepak Kelantan dan Terengganu (transparent PNG) sempena Final Piala FA 2011. Kawan sebagai anak Besut dalam delema tak tau nak sokong team yang mana satu. Kedua-dua team kawan minat.

Popularity: 31% [?]

Posted in Design, photoshop | Tagged , , , , , | 2 Comments

Kepala Malik Pecah

Tahun 1993 kawan darjah satu sekolah rendah di Besut. Cikgu muzik yang mengajar kelas kawan pada masa tu Cikgu Abdullah. Rambut kerinting dan muka beliau iras macam arwah Ronnie James Dio , cuma hidungnya saja sedikit besar ,macam biji durian.

Cikgu Abdullah gila batu, jari-jemarinya penuh dengan cincin batu permata besar,bermacam jenis batu, tinggal batu nisan saja yang belum dicanai dibuat permata. Jari cikgu nampak classy; macam jari bapak Qarun. Bila tengok cincin dia kawan rasa serabut dan gerun. Tak berat ke tangan cikgu bawak cincin banyak sampai macam tu- beban~.

Kalau ada murid yang nakal atau tak buat kerja subjek muzik, Cikgu Abdullah akan hukum guna cincin. Beliau terbalikkan batu-batu permata ke bahagian telapak tangan dan paaaap tampar kepala budak. Geliat geliut budak2 bila batu beliau singgah di tempurung kepala, menggosok2 kesakitan macam kera kena sengat tebuan. Ramai yang pernah kena, kawan salah seorang yg pernah makan jasa batu permata Cikgu Abdullah. Batu Zamrud warna hijau biji petai yang cikgu pakai di jari fuck paling menyakitkan.

Popularity: 28% [?]

Posted in Life, Memory | Tagged , , , | 6 Comments

Merentas Desa

Masa kawan balik kampung minggu lepas budak-budak sekolah rendah ada acara merentas desa. Lucu bila tengok dari jauh budak-budak kecik duk berlari atas jalan, rasa macam nak tangkap simpan dalam balang. Ada yang berlari bersungguh2, ada jugak yang sekadar berjalan dalam kumpulan. Cikgu pula follow dari belakang dengan motor.

Sampai di satu kawasan budak2 start berkumpul, takut untuk meneruskan larian gara-gara seekor lembu charolais melepak di tengah jalan. Budak-budak rumah merah ada yang lari berpatah balik. Kawan dapat rasa macam mana perasaan takut budak2 tu, apa tidaknya, saiz testis lembu tu saja dah sama besar dgn saiz kasut mereka.

Popularity: 28% [?]

Posted in Life | Tagged , , , , , , , | 16 Comments