July 6, 2010
by nyetok
86 views
2 comments
Kawan tengah update post categories blog ni. Sapa2 yang masuk sini melalui feed, boleh klik sini untuk view koleksi digital painting kawan yang tak seberapa.
http://nyetok.com/category/artworks/digital-painting/
Popularity: 36% [?]
Uncategorized
June 14, 2010
by nyetok
444 views
36 comments
Petang tadi kawan berjinak balik dengan PHP. Hasilnya kawan secara tidak sengaja menghasilkan satu mini bot untuk kutip links dikalangan blogger di Malaysia. Guna Curl ngan preg_match_all je sebenarnya. Berjaya kutip 3000++ links, lepas kawan tapi tinggal 2551 itu pun dah berat gila nk post. Browser kawan dah berapa kali surrender.
Kepada blogger tegar yang suka blogwalking, teruskan pembacaan anda, links ada di bawah. Terima kasih.
(more…)
Popularity: 56% [?]
Uncategorized
June 8, 2010
by nyetok
182 views
3 comments
Kawan baru balik dari melancong. Masa naik lif tadi kawan perasan kulit lengan kawan sama kaler dengan karat kat dinding lif. Kulit kawan gelap, merah-merah macam karat, tu orang panggil sun tan. Kawan tengok cermin, muka kawan macam udang kene bakar, macam jugak udang yg dah dijadikan belacan. Nasib baik kawan bawak langsir baru yang tebal, boleh la kawan bergelap dalam bilik untuk memulihkan kulit kawan supaya putih tak berapa putih kembali seperti dulu.
Kawan melancong ke BESUT, TERENGGANU. Kawan satu family naik bot pergi pulau Rhu yang jaraknya kira-kira dua batang rokok nusantara sahaja dari belakang rumah kawan. Family pakcik kawan pun ada sekali, tapi mereka naik bot lain. Kawan seronok sebenarnya bila ada trip pegi pulau ni, tambah-tambah lagi kalo pulau Rhu. Kawan rindu. Padahal hari-hari kalo kawan bukak tingkap belakang, kawan nampak pulau tu.
Bapak kawan parking bot jauh dari pantai sebab pulau Rhu banyak terumbu karang, takut nanti bot bapak kawan jadi senasib dengan titanic pulak. Kemudian, bapak kawan transfer penumpang dan barang-barang guna sampan kecik. Adik-adik kawan yang besar, mereka berenang je dari bot ke pulau tu. Kawan pun berenang jugak, tapi kawan pakai life jacket, kawan takut semput dan tenggelam sebelum sampai ke destinasi. Stamina kawan bukan stamina ayam kampung macam kawan budak-budak dulu dah. Salah kawan kuat merokok, 24/7 duk depan komputer. Jadilah ayam kampung pencen.
Asalnya kawan nak lepak bawah pokok je, tapi kawan takleh tahan tengok adik-adik kawan duk seronok berenang main air. Jadi kawan pun join mereka. Kawan berenang ke hulu-hilir sambil tengok terumbu karang. Masih ada lagi terumbu karang hidup kat pulau Rhu ni, airnya pun masih jernih lagi. Kawasan pantai dah berubah, banyak semak tak macam dulu. Tapi dari pemerhatian kawan, kawasan pulau ni masih lagi menjadi pusat pendaratan penyu untuk bertelur sebab kawan nampak ada lagi kesan pasir anak penyu turun ke gigi air. Masa kawan kecik dulu pulau ni agak femes jugak dengan telur penyu.
Popularity: 15% [?]
Uncategorized
December 24, 2009
by nyetok
224 views
6 comments

Tahun 2009 sudah hampir ke penghujungnya. So far banyak yang aku telah pelajari, tak sangka dalam masa setahun macam-macam perkara berlaku. Tahun yang start dengan penuh kebahagian dan endingnya begitu menyengat bikin aku sakit kepala.
1. Karma itu wujud , putarannya tidak menentu. Lambat atau cepat giliran pembalasan tiada siapa yang tahu. Seorang tukang gunting mengalami masalah keguguran rambut yang serius, ujarya itu mungkin adalah karma.
(more…)
Popularity: 13% [?]
Life, Uncategorized
December 6, 2009
by nyetok
233 views
4 comments

Tadi janda aku PM ckp Kbmall runtuh.. Siap bagi gmbar kereta tersangkut celah escalator.. Tanya kawan yg lain plak katanya, kereta langgar penghadang, ada yang meninggal.. Belum pasti lagi berita sebenar.
Update: Bkn runtuh la..!





Popularity: 10% [?]
Uncategorized
October 5, 2009
by nyetok
196 views
4 comments
Youtube adalah salah satu lubuk video clip terbesar di internet. Sekarang dah jadi trend manusia share lagu ke youtube, berlambak video blank kat youtube dengan background music. Masalahnya takkan tiap kali nk dengar lagu nak kena bukak youtube. Cara paling simple, download lagu febret korang melalui Dirpy . Apakah Dirpy? Betul ke senang? (more…)
Popularity: 13% [?]
Uncategorized