August 2, 2010
by nyetok
323 views
10 comments

Adik-adik kawan yang kecil mungkin tak tau yang Along 15 tahun dulu bukannya gelaran untuk ceti haram. Dulu Along adalah sekor kucing gergasi ajaib yang boleh berkata-kata tanpa menggerakkan bibir mulut, idola budak-budak kulup pada era 90′an.
Mereka juga tak tau, selain Siti Nurhaliza, turut popular pada waktu itu adalah Siti Sifir.
Banyak juga program tv tempatan era 90an yang bermanfaat untuk kanak-kanak macam rancangan Kerengga, Di Mana Joe Jambul, Jula Juli, Kelab Kanak-kanak Angkasapuri dan macam2 lagi.
p/s: Kawan teringat satu rancangan tv pendidikan ni, sorang mat salleh Malaysia ala2 penyiasat, selalu pakai baju kaler kuning, seluar pendek,spek mata hitam. Kawan cukup benci rancangan tu, tapi tiap kali ditayangkan kawan akan terpacak depan tv walaupun kawan tak paham sepatah haram motif rancangan tu. Ada sapa tau nama rancangan tu?
Popularity: 44% [?]
Am, Info, Life, Memory, comic
July 4, 2010
by nyetok
468 views
13 comments

Zaman budak-budak dulu (cerita zaman budak lagi) kalo malam jumaat rumah kawan agak meriah. Aktiviti kawan adik beradik melastik cicak malam jumaat, orang kata dapat pahala banyak. Bunuh cicak memang dapat pahala, dalam hadis nabi ada sebut. Tidak pula ditetapkan hari-hari tertentu, boleh bunuh bila-bila masa kecuali dalam ihram. Bunuh cicak malam jumaat untuk pahala extra tu kawan tak tau siapa punya fatwa, tapi kami tetap ikut juga, kena plak malam jumaat ada rancangan Forum Perdana Hal Ehwal Islam, siaran paksa tonton, lagi la semangat adik beradik kawan nk kutip pahala.
Masa tu pistol cicak belum top lagi, senjata utama untuk membunuh cicak adalah getah pulup, lethal home made weapon, dalam bahasa standardnya dipanggil getah gundu. Getah pulup (bukan kulup) diperbuat dari gelang getah biasa yang dipintal menjadi tebal dan padat. Untuk menghasilkan seutas getah pulup memerlukan gelang getah dalam kuantiti yang banyak, stock gelang getah biasanya kawan perolehi daripada perlawanan jentik getah di sekolah. Paling membanggakan bila dapat hasilkan getah pulup dari gelang getah hijau yang rare dan gelang getah merah yang super rare.!
(more…)
Popularity: 58% [?]
Life, Memory
June 28, 2010
by nyetok
335 views
17 comments
Inilah kerja kawan kalo takda kelas fardu ain. Masuk semak belukar lastik sarang tebuan dan lari lintang pukang macam BITCH.! Jangan lari macam bitch yang biasa-biasa, kena lari dengan gaya extraordinary bitch sebab kawasan belukar tu banyak duri badam yang tajamnya lebih dari tajam paku 3 inci. Lebih besar sarang tebuan , lebih seronok. Apa yang best nya? Adventurous weh, kalo korang cuba, mesti ketagih nak try lagi.
Kawasan belukar Bukit Keluang, Besut pernah menjadi lokasi penggambaran filem Hikayat Merong Mahawangsa yang bajetnya lebih RM 8 juta. Kawan bangga tempat kawan kencing keluar dalam filem yang ala-ala Lord of The Ring gitu. Selain itu tempat permainan kawan ini juga pernah dijadikan lokasi penggambaran video klip bajer rendah bertajuk “5 Jaguh Bitch” seperti di bawah ni.
(more…)
Popularity: 44% [?]
Design, Life, Memory
June 27, 2010
by nyetok
290 views
4 comments
Henpon pertama kawan dulu Nokia 2100, ma kawan beli sebab kawan nk masuk matrik. Kawan reti guna henpon agak lewat sedikit berbanding member2 seangkatan, selalu kena kutuk sebab lembab taip SMS dan ayat kawan ejaan standard sebab kawan tak fasih lagi shortform sms time tu. Kadang- kadang tu kawan terpaksa tanya member balik bila tak faham shortform yang dia gunakan.
Kawan jarang tukar phone, bila rosak atau hilang baru beli henpon baru. Bila beli baru pun, kawan tetap pilih phone Nokia sebab brand ni tahan lasak. Phone kawan pernah jatuh dari tingkat dua, kawan kutip balik ikat2 dengan getah. Selagi boleh berfungsi untuk sms dan buat panggilan, selagi tu kawan guna.

Henpon nokia terakhir kawan beli Nokia 3230, orang panggil nokia trailer, kawan tatau mana dorang nampak rupa trailer dalam henpon tu. Model nokia ni banyak nama yang pelik-pelik, ada model lesung, sabun, skupang, model sembilu pon ada. Masa balik kampung arituh, nokia lori balak kawan neh skrin dia rosak. Dalam keadaan tergesa-gesa nk pulang ke habitat kawan ni bandar, kawan terpaksa rembat Sony Erricson adik perempuan kawan. Budak skolah rendah mana boleh pakai henpon, nanti terjebak dengan kegiatan video lucah plak. (more…)
Popularity: 42% [?]
Design, Life, Memory
May 4, 2010
by nyetok
494 views
3 comments

Dah lama tak update blog. <<– Mukadimmah umum blog aku hahak. Oleh kerana ketiadaan idea untuk menulis, kali ni aku jadikan LIF atau ELEVATOR sebagai isu untuk dipersalahkan. Kepada mereka-mereka yang tak pernah naik lif atau tak tahu ape itu lif, sila bertanya kepada ibu bapa anda untuk maklumat yang lebih lanjut. Kesuntukan masa menghalang saya untuk menerangkan definisi lif secara lebih terperinci.
Di blok apartment tempat aku tinggal ada 3 buah lif, A, B,C, tapi hanya dua sahaja yang berfungsi. Sejak hari pertama menetap kat sini aku belum pernah naik lif B, pintunya tak pernah terbuka. Mungkin lif B dikhaskan untuk kegunaan roh-roh dan semangat Dewa Tapir yang merayau di kawasan apartment ni. Fungsi lif B masih menjadi misteri kepada penghuni apartment ni. Untuk mengelakkan panik dikalangan penghuni, pihak pengurusan telah mengambil langkah bijak mengecat pintu lif tersebut dengan warna yang sama dengan warna dinding lobi. Duit maintainance bayar bulan-bulan untuk maintain perut buncit pihak pengurusan.
Cerita tentang lif A dan lif C pula. Kali pertama melangkahkan kaki ke dalam lif tersebut, penumpang akan tertanya-tanya, ini lif ke jamban? Tapi mana mungkin dalam jamban ada kamera litar tertutup CCTV. Bahagian dalam lif A dan lif C dipenuhi dengan contengan-contengan kerja tangan vandalism, antara quote yang menarik terdapat pada dinding lif adalah “Chandra Kumar cinta dot dot“. Setan punya Chandra Kumar, dah la nama tak cantik, nak jugak menyemakkan dinding lif. Contengan lain yang berulang-ulang ialah “Gay -019-8……..”. Tidak dapat dipastikan sama ada perkataan sebenar yang hendak ditulis adalah “GAY” atau “GAS” kerana tulisan tersangatlah cakar ayam. Mungkin diiklankan oleh seorang penjual gas yang gay. (more…)
Popularity: 22% [?]
Am, Life, Memory
February 10, 2010
by nyetok
794 views
9 comments

Arakian sahibul hikayat tersebutlah sebuah kisah seorang lelaki kurus yang lurus lagi mulus hatinya baru sahaja putus kasih. Hendak dijadikan cerita, lelaki tersebut menggali contact list YM nya untuk menawar luka hatinya yg sedang bermuram durja. Maka dipendekkan hikayat, dengan madah sakti temulah ia dengan seorang gadis sunti yang sudah bertahun lost contact. Mereka pun sepakat untuk bersua mata , waima sudah single tetapi lelaki kurus masih berasa gundah.
(more…)
Popularity: 25% [?]
Am, Life, Memory