Aktiviti blogwalking kawan harini kawan banyak masuk blog yang emo, post yang sedih-sedih… Macam-macam, tapi bila dah terlebih emo tu kawan nak tergelak plak baca entry diorang neh..
Entry yang sebelum ini kawan tujukan kepada mereka yang ‘gila’ blogwalking dan entry ini pula kawan tujukan kepada yang malas gila nk blogwalking. Kawan coded satu webtool untuk hantar mesej ke beberapa cbox dengan sekali submit je. Webtool pertama yang kawan cipta untuk spam shoutbox hahaha.
Benda ni untuk serang Cbox je, untuk Shoutmix dan shoutbox yang lain insyaAllah kawan akan buat kalo kawan belum insaf.
Aku bikin sebuah video untuk membunuh ‘ketensionan’.. Budak-budak Kelantan yang tak pernah dengar lagu anak tupai samalah macam tak pernah makan budu.. Kalau yang tak pernah dengar lagu wau bulan pula, samalah macam tak pernah tau kewujudan budu.!
Aku tak sanggup nk tulis tajuk tu sebenarnya. Tapi entry dah memang kene letak perkataan tu.Dari mana asal usul perkataan neh? Lucah ke? Tengoklah sendiri part yang selanjutnya. Bukan video 3gp ok? Sesuai untuk tontonan umum.!
Tamat sudah aktiviti senilukis aku dengan photoshop, semua disimpan di sini. Dua tiga hari ni leka geledah coding wordpress untuk hasilkan facebook theme untuk wordpress. Baru 60% siap, aku belum setelkan lagi coding untuk single page, dan muka depan memang nampak sebijik macam Facebook, jasa Firebug.
Saja cuba main dengan jQuery dan AJAX, baru nak kenal-kenal. Taklah rumit sangat sebenarnya, maknanya boleh difahami oleh golongan BUKAN ‘budak IT’ macam aku nih. Dalam theme ni, aku cuba tiru sistem comment fb dengan bawak kedepan comment box, dan guna AJAX untuk load comment dari post bila pelawat klik ‘ View all comments’. Tutorial untuk front page comment cedok dari blog Flisterz. Satu lagi, pagination jugak tiru style fb, append older post kat muka depan guna AJAX.