August 2, 2010
by nyetok
323 views
10 comments

Adik-adik kawan yang kecil mungkin tak tau yang Along 15 tahun dulu bukannya gelaran untuk ceti haram. Dulu Along adalah sekor kucing gergasi ajaib yang boleh berkata-kata tanpa menggerakkan bibir mulut, idola budak-budak kulup pada era 90′an.
Mereka juga tak tau, selain Siti Nurhaliza, turut popular pada waktu itu adalah Siti Sifir.
Banyak juga program tv tempatan era 90an yang bermanfaat untuk kanak-kanak macam rancangan Kerengga, Di Mana Joe Jambul, Jula Juli, Kelab Kanak-kanak Angkasapuri dan macam2 lagi.
p/s: Kawan teringat satu rancangan tv pendidikan ni, sorang mat salleh Malaysia ala2 penyiasat, selalu pakai baju kaler kuning, seluar pendek,spek mata hitam. Kawan cukup benci rancangan tu, tapi tiap kali ditayangkan kawan akan terpacak depan tv walaupun kawan tak paham sepatah haram motif rancangan tu. Ada sapa tau nama rancangan tu?
Popularity: 44% [?]
Am, Info, Life, Memory, comic
July 23, 2010
by nyetok
898 views
24 comments

Terlalu awal kah kalau kawan buat posting pasal mercun?Kalau awal pun takpe, boleh jadi pembakar semangat, sempatlah budak-sekolah kumpul duit untuk beli mercun nanti. Budak-budak jangan dilarang, makin dilarang makin dia buat, tapi jangan suruh pulak hehehe. Kawan pun tak sabar nak tengok tahun ni nama siapa naik dulu dalam list manusia hilang anggota akibat mercun. Kita tepuk tangan kuat-kuat, tunjuk sikit tangan kita masih sempurna. Orang melayu memang jaguh pasal mercun neh, sampai dalam stadium pun bawak mercun.
Kepada yang nak berjinak-jinak dengan mercun pada musim raya tahun ni, teruskan niat murni anda. Jangan risau, kajian tidak rasmi menunjukkan jumlah rakyat Malaysia yang maut akibat pil peransang seks adalah lebih tinggi berbanding mereka yang maut akibat bermain mercun. Dalam entry ni kawan sediakan sedikit tips berkaitan dengan mercun, teruskan pembacaan anda.
(more…)
Popularity: 100% [?]
Am, Info, comic
July 5, 2010
by nyetok
429 views
30 comments

Masa beli burger malam tadi kawan terpandang skrin besar kat kedai mamak, rancangan Mentor. Balik rumah bukak gengblogger banyak pulak updates tentang rancangan Mentor peringkat akhir, kalo tak sumpah kawan tak tau.Tahniah Malaysia, tambah seorang lagi artis segera.
Kalau mee segera kawan layan jugak time2 terdesak atau malas masak tapi kalo artis segera neh, download free pun belum tentu lagi kawan nak. Maaf, kawan tak minat. Oh kebetulan pula, artis-artis segera ni bila dah tamat rancangan realiti tv , gambar mereka dicetak pada plastik mee segera, jadi duta produk. Ironi ke?
Popularity: 60% [?]
Info, berita, comic
June 30, 2010
by nyetok
644 views
25 comments

Penah dengar bunyi vuvuzela? tak pernah? Kesiaaan… Vuvuzela kalo duk dekat bunyinya macam hon siput kereta kancil kawan, bila ditiup beramai-ramai, dari jauh bunyinya seakan-akan lebah. Sejak musim world cup ni baru kawan sedar, kereta kawan yang tersadai kat kampung tu honnya annoying sebenarnya, balik kampung nanti kawan suruh adik kawan tukar.
OK ini ada sepuluh fakta menarik tentang VUVUZELA.. Sape tak baca sampai habis dia rugi. po000ootttt
(more…)
Popularity: 74% [?]
Info, comic
June 29, 2010
by nyetok
286 views
8 comments

Pernah terbaca di beberapa blog mengenai penapis rokok mengandungi unsur babi. Betol kot, dah banyak tahun merokok ni paru-paru kawan pun ada rasa macam babi dah.. Walaupun tak tau lagi berita tu tepat atau tak, tapi boleh dijadikan sebagai motivasi untuk berhenti merokok. Kalau gali balik entri kawan yang lama dah berapa kali dah kawan pasang niat nk berhenti merokok tapi maseh lagi macam ni. Isu berhenti merokok – isu lapuk.!
Popularity: 36% [?]
Design, Info, Life, berita
June 13, 2010
by nyetok
364 views
9 comments

Sape yang aktif twitter tau la puncanya. Tak larat nak cerita. Apa kata cerita lain dlu.
Pasal tumpahan minyak plak….. Ni dia..:
Tumpahan minyak Teluk Mexico 2010 berlaku pada 20 April 2010 jam 10 malam selepas letupan pada pelantar carigali minyak Orizon Deepwater di luar pantai Louisiana di Teluk Mexico.Pegawal Pantai Amerika Syarikat (AS) menyatakan pelantar gerudi minyak itu senget selepas letupan besar. 11 dari 126 pekerja pelantar hilang dan dipercayai mati. Helikopter, pesawat dan bot digunakan untuk mencari pekerja yang di pelantar yang hampir tumbang itu
(more…)
Popularity: 33% [?]
Info, berita