August 22, 2010
by nyetok
339 views
11 comments

Kawan jarang makan fast food, kekok nk order, maklumlah, orang kampung. Nama makanan pon kawan susah nak sebut, tersalah sebutan kena gelak dek penjaga kaunter. Kalo pegi mekdi pon bila orang ajak je, nak harap pegi sorang2 memang kawan tak singgah.
Sekarang tengah hangat isu status halal daging dan French Fries McDonald.. (more…)
Popularity: 42% [?]
Am, berita, comic
August 15, 2010
by nyetok
289 views
26 comments

Misya Omar tak makan budu katanya.. Darth Vader pun makan budu lol… dan 97% rakyat Kelantan makan budu. 1% tak makan budu sebab resdung dan memang tak suka budu, 1% lagi tak pernah tau kewujudan budu, dan selebihnya nak jaga standard kot takut kena kutuk.
Selera kawan terbuka bila ada budu, sesuai sangatlah dihidangkan waktu bersahur. Nasib sini takde budu, kalau tak kawan dah bawak tiap kali sahur di kedai mamak.

Popularity: 37% [?]
Am, comic
August 2, 2010
by nyetok
323 views
10 comments

Adik-adik kawan yang kecil mungkin tak tau yang Along 15 tahun dulu bukannya gelaran untuk ceti haram. Dulu Along adalah sekor kucing gergasi ajaib yang boleh berkata-kata tanpa menggerakkan bibir mulut, idola budak-budak kulup pada era 90′an.
Mereka juga tak tau, selain Siti Nurhaliza, turut popular pada waktu itu adalah Siti Sifir.
Banyak juga program tv tempatan era 90an yang bermanfaat untuk kanak-kanak macam rancangan Kerengga, Di Mana Joe Jambul, Jula Juli, Kelab Kanak-kanak Angkasapuri dan macam2 lagi.
p/s: Kawan teringat satu rancangan tv pendidikan ni, sorang mat salleh Malaysia ala2 penyiasat, selalu pakai baju kaler kuning, seluar pendek,spek mata hitam. Kawan cukup benci rancangan tu, tapi tiap kali ditayangkan kawan akan terpacak depan tv walaupun kawan tak paham sepatah haram motif rancangan tu. Ada sapa tau nama rancangan tu?
Popularity: 44% [?]
Am, Info, Life, Memory, comic
July 29, 2010
by nyetok
524 views
9 comments
Jika anda seorang lelaki di Kuala Lumpur, berhati-hati dengan term ‘ayam’.

Oh ada lagi….. Sila teruskan.. (more…)
Popularity: 50% [?]
Am, comic
July 23, 2010
by nyetok
897 views
24 comments

Terlalu awal kah kalau kawan buat posting pasal mercun?Kalau awal pun takpe, boleh jadi pembakar semangat, sempatlah budak-sekolah kumpul duit untuk beli mercun nanti. Budak-budak jangan dilarang, makin dilarang makin dia buat, tapi jangan suruh pulak hehehe. Kawan pun tak sabar nak tengok tahun ni nama siapa naik dulu dalam list manusia hilang anggota akibat mercun. Kita tepuk tangan kuat-kuat, tunjuk sikit tangan kita masih sempurna. Orang melayu memang jaguh pasal mercun neh, sampai dalam stadium pun bawak mercun.
Kepada yang nak berjinak-jinak dengan mercun pada musim raya tahun ni, teruskan niat murni anda. Jangan risau, kajian tidak rasmi menunjukkan jumlah rakyat Malaysia yang maut akibat pil peransang seks adalah lebih tinggi berbanding mereka yang maut akibat bermain mercun. Dalam entry ni kawan sediakan sedikit tips berkaitan dengan mercun, teruskan pembacaan anda.
(more…)
Popularity: 100% [?]
Am, Info, comic
July 20, 2010
by nyetok
665 views
29 comments

Ini alasan kerajaan berkenaan dengan kenaikan harga gula dan minyak. Kawan copy paste dari laman web kerajaan. Kawan tak rasa yang alasan tu munasabah pun. (more…)
Popularity: 79% [?]
berita, comic