
Terlalu awal kah kalau kawan buat posting pasal mercun?Kalau awal pun takpe, boleh jadi pembakar semangat, sempatlah budak-sekolah kumpul duit untuk beli mercun nanti. Budak-budak jangan dilarang, makin dilarang makin dia buat, tapi jangan suruh pulak hehehe. Kawan pun tak sabar nak tengok tahun ni nama siapa naik dulu dalam list manusia hilang anggota akibat mercun. Kita tepuk tangan kuat-kuat, tunjuk sikit tangan kita masih sempurna. Orang melayu memang jaguh pasal mercun neh, sampai dalam stadium pun bawak mercun.
Kepada yang nak berjinak-jinak dengan mercun pada musim raya tahun ni, teruskan niat murni anda. Jangan risau, kajian tidak rasmi menunjukkan jumlah rakyat Malaysia yang maut akibat pil peransang seks adalah lebih tinggi berbanding mereka yang maut akibat bermain mercun. Dalam entry ni kawan sediakan sedikit tips berkaitan dengan mercun, teruskan pembacaan anda.
Mana Nak Dapatkan Mercun?
- Pamandu ‘kereta projek’ : Kereta projek adalah kereta yang digunakan untuk menyeludup barang keluar masuk dari negara jiran. Time perayaan ni banyak la kereta projek beroperasi seludup barang keperluan untuk musim raya, termasuklah mercun.
- Kedai runcit: Usya kedai runcit yang ada jual bunga api kaler merah, ayat sket tokey kedai sebab biasanya dorang takut nk jual terang2, takut orang report haha.
- Tokan pasaran gelap.
- Anak polis dan anak-anak kastam.
Mercun Apa yang orang selalu main?
Sejak beberapa tahun kebelakangan ni macam-macam jenis mercun lahir dari mercun bawang sampailah mercun Kapal Selam Satu Malaysia. Antara mercun yang selalu ada kat pasaran Malaysia bila musim perayaan:
- Mercun papan
- Mercun ketupat
- Mercun Telur
- Mercun Naga
- Mercun Das
- Mercun Roket
- Mercun Keluang
- Mercun Bola
- Mercun Gasing
- Mercun Lalat
- Mercun Mancis
- Mercun Bunga
- Mercun Bom
Panjang kalo nak disenaraikan lagi. Tak lupa juga mercun-mercun DIY seperti mercun plug, mercun arial, mercun batang paip. Antara mercun yang kawan senaraikan, mercun BOLA la yang paling top dan menjadi pilihan, mungkin sebab bunyi sepadan dengan harga kot.
Cara main?
Tak perlu skill2 pyrotechnic kalau stakat nak main mercun. Pandai nyalakan api dan bakar sumbu dah cukup. Untuk memudahkan kerja membakar sumbu, kawan sarankan guna ubat nyamuk, senang nk bawak kemana-mana dan tak perlu nyalakan api banyak-banyak kali. Kalo dalam perang mercun, musuh tak nampak sangat api ubat nyamuk.
Selamat Kudung Jari..!
Popularity: 41% [?]







awal teh berayo.poso dulu…
senok recently posted..Khasiat Makan Belut
nyetok Reply:
July 29th, 2010 at 5:44 am
@senok, hahaha keno amik mood awal2
mak dgn ayah sedara kawe ialah geng ‘kaki kete projek’..so sng nk dpt mercun hehehe
x-po recently posted..NIAT JADI PLAYBOY-PLAYGIRL SEMATA-MATA MAHU DAPATKAN YANG TERBAIK KE
nyetok Reply:
July 29th, 2010 at 5:45 am
@x-po, bekalan mercun murah la tu kalu reti ejah
tempat kawe loni bunyi doh ore main mercun..poso x ag..hahaha
ChuyRy recently posted..Percubaan Resepi Kek Coklat Terbaru Di Sekolah
nyetok Reply:
July 29th, 2010 at 5:46 am
@ChuyRy, merioh tu, tak dop apo2 bunyi doh.. jaguh molek
huiyo..
takut nak bakar mercun..
takut meletup dekat dengan kite.
hahahahaha.
nyetok Reply:
July 29th, 2010 at 5:47 am
@annadzirah, haaa kalo mcm tu, main je mercun bawang, xpayah bakar
Hehehe kalau puasa dengan raya memang tak sah la kalau tak ada mercun
wazy recently posted..Apabila Bos Sengal…
rasa macam kurang je kan
nyetok Reply:
July 29th, 2010 at 5:53 am
@wazy, Dari zaman P.Ramlee lagi ada sebut mercun dalam lirik lagu.. mercun dah jd budaya kot..
Selamat Hari Raya….ehehehe
apiih recently posted..Belajar Ilmu Pukau Dengan Mudah
nyetok Reply:
July 29th, 2010 at 5:47 am
@apiih, Selamat Hari Raya too :o:
x suka main mercun. BAHAYA.
tengok org main mercun SUKA.
.encik.SEDAP.â„¢ recently posted..listen up 4- 10 AMALAN SONGSANG yang dilakukan orang kita
nyetok Reply:
July 29th, 2010 at 6:27 am
@.encik.SEDAP.â„¢, Bagus2… boleh jadi contoh heheh
masa kecik2 dulu memang suka main mercun
HidrogeN recently posted..Berita BAIK untuk bakal PELABUR M6 !!!
info tentang mercun di SIHAT SELALU – Kesan Bahan Kimia Dalam Mercun
dop suke la mecun bola bunyi kuat giler..kompem kawe melatah kuat jugak hahhaha
eiyda recently posted..Durain Oh Durian!!
kawe x bape layan mercun ni..alergic dgn bunyi..padahal penakut..kah3..tgk org main best la..
azizan4444 recently posted..Tips – 7 Cara Mudah Atasi Kekecewaan Putus Cinta
Aku suka bermain bunga api. Ekekeke.
Cik Nass recently posted..Si dia akan minta putus jika…
x sabar nak tgu minggu terakhir pose…kompem semua rumah berasap je….ekekkeke, thn ni mesti bangkrapsi kena bli bunga api n mercun
..ein.. recently posted..balik kampung -
Nice friend…visit mine if u free ekh ;D
banyok untung woo jual mercun bola..x payoh judi bola..jual mercun bola pun bulih kayo apo..
hai betul ke
Awesome post. Great.
Pingback: Tweets that mention Puasa Dah Dekat, Mari Main Mercun | Nyetok Blog -- Topsy.com
Pingback: Cerita Pasal Mercun « my.Mustaffa