Orang Malaysia Buang Bayi Macam Buang Sampah

Seorang kawan lama pernah bawak kawan ke lokasi dia membuang bayi, tepi jalan berhampiran kawasan perkelahan. Dia tolong buang je, budak tu bukan anak dia. Samdol jugak dia neh subahat dalam kerja terkutuk. Kawan tak sempat tanya detail, terkejut jugak tapi tak terlintas pun nak tanya masa tu. Selama ni kawan duk dengar dari tv dan paper je, rupanya orang yang kawan kenal pun terlibat.! Tak sangka.!

Orang Malaysia buang bayi sepah-sepah, macam buang sampah. Ada yang tak pernah ke masjid, tiba-tiba datang masjid untuk buang bayi. Ada yang buang dalam tandas macam buang air. Celah semak dan dalam tong sampah tak payah cakap la, itu tempat pilihan. Kalau yang rajin sikit, mungkin akan gali lubang dan tanam. Tapi tetapĀ  diperlakukan macam sampah.

Kalau nak jadi bintang punĀ  jadilah binatang yang standet2, jangan jadi binatang yang lebih teruk dari binatang. Mereka tak sedar, jasad yang mereka perlakukan macam sampah tu sebenarnya jasad manusia. Kalo bayi tu dah mati sekali pun, tak reti nak hormat orang mati ke?

Kenapa orang Malaysia buang bayi sepah-sepah macam sampah? Sebab tak tahu mana nak tuju.!

Di negara barat mereka ada program ‘Safe Haven’. Siapa-siapa yang beranak, tapi tak nak jaga bayi yang dilahirkan boleh drop bayi tu di tempat yang dikhaskan. Mereka yang menghantar bayi ke sana tidak perlu mendedahkan identiti, sama saja macam buang bayi kat semak kan? Tiada orang tahu. Malahan bayi tu akan selamat.! Si penghantar akan dibekalkan dengan gelang yang sama dengan bayinya, andai kata berubah fikiran, bayi boleh dituntut semula. Kalau buang merata, menyesal pun takde guna.

Kawan rasa Malaysia pun perlu wujudkan program yang sama memandangkan rakyat kita pun boleh dikatakan jaguh dalam bidang buang bayi ni. Setahun boleh capai lebih dari seratus kes buang bayi, dan kebanyakannya mati begitu sahaja.

Popularity: 28% [?]

Entri Berkaitan

This entry was posted in Am and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

10 Responses to Orang Malaysia Buang Bayi Macam Buang Sampah

  1. pawaka19 says:

    pergh kawan sendiri..mmg nak kene basuh tu..pandai ko lukis yea katun atas tu..

    New Entry Pawaka19 Dot Com

    “Negara Jutawan Fakir Yang Sebenar”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:
Tags:
Separate individual tags by commas