Orang Malaysia Buang Bayi Macam Buang Sampah

Seorang kawan lama pernah bawak kawan ke lokasi dia membuang bayi, tepi jalan berhampiran kawasan perkelahan. Dia tolong buang je, budak tu bukan anak dia. Samdol jugak dia neh subahat dalam kerja terkutuk. Kawan tak sempat tanya detail, terkejut jugak tapi tak terlintas pun nak tanya masa tu. Selama ni kawan duk dengar dari tv dan paper je, rupanya orang yang kawan kenal pun terlibat.! Tak sangka.!

Orang Malaysia buang bayi sepah-sepah, macam buang sampah. Ada yang tak pernah ke masjid, tiba-tiba datang masjid untuk buang bayi. Ada yang buang dalam tandas macam buang air. Celah semak dan dalam tong sampah tak payah cakap la, itu tempat pilihan. Kalau yang rajin sikit, mungkin akan gali lubang dan tanam. Tapi tetap  diperlakukan macam sampah.

Kalau nak jadi bintang pun  jadilah binatang yang standet2, jangan jadi binatang yang lebih teruk dari binatang. Mereka tak sedar, jasad yang mereka perlakukan macam sampah tu sebenarnya jasad manusia. Kalo bayi tu dah mati sekali pun, tak reti nak hormat orang mati ke?

Kenapa orang Malaysia buang bayi sepah-sepah macam sampah? Sebab tak tahu mana nak tuju.!

Di negara barat mereka ada program ‘Safe Haven’. Siapa-siapa yang beranak, tapi tak nak jaga bayi yang dilahirkan boleh drop bayi tu di tempat yang dikhaskan. Mereka yang menghantar bayi ke sana tidak perlu mendedahkan identiti, sama saja macam buang bayi kat semak kan? Tiada orang tahu. Malahan bayi tu akan selamat.! Si penghantar akan dibekalkan dengan gelang yang sama dengan bayinya, andai kata berubah fikiran, bayi boleh dituntut semula. Kalau buang merata, menyesal pun takde guna.

Kawan rasa Malaysia pun perlu wujudkan program yang sama memandangkan rakyat kita pun boleh dikatakan jaguh dalam bidang buang bayi ni. Setahun boleh capai lebih dari seratus kes buang bayi, dan kebanyakannya mati begitu sahaja.

Popularity: 28% [?]

Entri Berkaitan

This entry was posted in Am and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

10 Responses to Orang Malaysia Buang Bayi Macam Buang Sampah

  1. mrnamie says:

    da tabiat rakyat kita, suka buang di mana-mana…
    mrnamie recently posted..Cinta LuarMy ComLuv Profile

    nyetok Reply:

    @mrnamie, sekarang ni sapa suka buang merata2 kena denda.

  2. eiyda says:

    dorang ni..senang buat, senang dapat senang la buang..hhuhuhu kalo xnk bg la kt sesape yg nak..ramai yg xder anak nk baby comey2 ni huhuhu :-| :-| :-| eiyda recently posted..Tips hilangkan mengantuk bekerja- semasa musim WorldcupMy ComLuv Profile

    nyetok Reply:

    @eiyda, betol tu, ada ramai yg susah dapat anak smpai buat anak tabung uji

  3. apiih says:

    manusia x kuat pegangan agama macam ni lahh….setan jer penuh. :p
    apiih recently posted..Perompak Ditangkap Angkara Facebook-nyaMy ComLuv Profile

    nyetok Reply:

    @apiih, kurang didikan agama salah satu faktor. tapi ada jugop hok didikan agama tinggi, bila duk luar kena culture shock, terlibat jugok

  4. pawaka19 says:

    pergh kawan sendiri..mmg nak kene basuh tu..pandai ko lukis yea katun atas tu..

    New Entry Pawaka19 Dot Com

    “Negara Jutawan Fakir Yang Sebenar”

    nyetok Reply:

    @pawaka19, ha’ah kena tarbiah sket tu sbenarnya :)

  5. Eizil says:

    hurmm… kekadang tuh payah gak ngan dorang2 ni… otak letak kat umah, tu yang taklerh fikir tu, kalau ada tmpt “pembuangan” macam program yang bro cakap tu, aku rasa macam akan lagi merosakkan jer… lagi dorg amek remeh-temeh jer bebenda camni…
    Eizil recently posted..Dare To Sell – Inspirational ComicMy ComLuv Profile

    nyetok Reply:

    @Eizil, Program safe haven ni ramai jugak orang tentang kat Europe sbenarnya hehehe.. smpai orang yg dah kawen pn pegi buang anak juga bila xmampu jaga

    Kalau nk mencegah buang bayi dari akar umbi memang xleh pakai program mcm neh, kena cari jln mcm mn nk cegah zina.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:
Tags:
Separate individual tags by commas