Zaman budak-budak dulu (cerita zaman budak lagi) kalo malam jumaat rumah kawan agak meriah. Aktiviti kawan adik beradik melastik cicak malam jumaat, orang kata dapat pahala banyak. Bunuh cicak memang dapat pahala, dalam hadis nabi ada sebut. Tidak pula ditetapkan hari-hari tertentu, boleh bunuh bila-bila masa kecuali dalam ihram. Bunuh cicak malam jumaat untuk pahala extra tu kawan tak tau siapa punya fatwa, tapi kami tetap ikut juga, kena plak malam jumaat ada rancangan Forum Perdana Hal Ehwal Islam, siaran paksa tonton, lagi la semangat adik beradik kawan nk kutip pahala.
Masa tu pistol cicak belum top lagi, senjata utama untuk membunuh cicak adalah getah pulup, lethal home made weapon, dalam bahasa standardnya dipanggil getah gundu. Getah pulup (bukan kulup) diperbuat dari gelang getah biasa yang dipintal menjadi tebal dan padat. Untuk menghasilkan seutas getah pulup memerlukan gelang getah dalam kuantiti yang banyak, stock gelang getah biasanya kawan perolehi daripada perlawanan jentik getah di sekolah. Paling membanggakan bila dapat hasilkan getah pulup dari gelang getah hijau yang rare dan gelang getah merah yang super rare.!
Kenapa perlu bunuh cicak? Sebab cicak jenis binatang jahat.! Sejak zaman Nabi Ibrahim lagi berperangai jahat, binatang lain sibuk duk padam api, cicak pulak selamba hembus api supaya marak. Cicak berak melepas merata-rata tak kira tempat, atas tikar sembahyang, tudung saji, bantal even atas kepala sekali. Kalo rumah banyak cicak jenuh hari-hari nak kena lap tahi cicak. Cicak bising bila horny nak beromen, puas beromen cicak bertelur dalam baju kita. Nak kenal telur cicak, kalernya sama dengan warna telur itik saiznya sebesar hujung kelinking. Baju yang dah lama tak pakai sedar-sedar dalam poket ada telur cicak. Kalau terkena tahi cicak pulak, sembahyang kena ulang balik. Rumah siapa ada kolah atau tangki boleh check silap-silap ada bangkai cicak. Banyak lagi perihal cicak yang kawan dengar, ada yang kaitkan cicak dengan syaitan dan ilmu hitam. Kawan kurang pasti.
Ada beberapa riwayat hadis tentang bunuh cicak:
1.Riwayat dari Ummu Syarik:
“Sesungguhnya Nabi S.A.W menyuruhnya membunuh cicak”
2.Riwayat dari Amir Bin Saad dari ayahnya:
“Sesungguhnya nabi s.a.w menyuruh membunuh cicak dan menamakannya sebagai Fuwaisiqah”
3.Riwayat dari Abi Hurairah dari Nabi S.A.W:
“sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan dituliskan baginya 100 kebajikan,dan membunuhnya dengan 2 kali pukulan dituliskan baginya kebajikan kurang dari yang pertama,dan membunuhnya dengan 3 pukulan, kebajikannya kurang dari yang kedua”
Begitu besarnya pahala bunuh cicak seperti yang disebutkan hadis nabi di atas. Sampai zaman kawan duk asrama sekolah agama dulu ada roomate kawan kata bunuh 40 ekor cicak malam jumaat dapat masuk syurga, alahaii betul ke, kawan was-was dengan budak-budak neh. Kawan belum jumpa lagi sumber yang mengaitkan malam jumaat dan bunuh cicak, tapi yang pastinya bunuh cicak dapat pahala dan lebih afdhal bunuh dengan sekali pukulan. Wallahu a’lam
Popularity: 47% [?]









wah.. sama la kita.
dari dulu lg dok jentik cicak. tapi sejak dah besar ni tak ada cicik pon yg berjaya dikesan kt rumah. rumah lama dulu ada la, cicak sebesar ibu jari kaki tuu :[ :[ :[ :[
nyetok Reply:
July 6th, 2010 at 9:03 pm
@luth textile, uishh tu cicak ke mengkarung.. gula besar haha.. orang ckp kalo menkarung xbaik bunuh
dulu2 bnyk jgk bunuh cicak ni..tp lani jarang jmpa cicak..klu ad pun x banyak supo mulo..pupus abes bekali kena bunuh sebelum ni…
info menrik ni bro..nice sharing…
azizan4444 recently posted..Karenah Perempuan Bercinta- Lelaki Dalam Dilema
nyetok Reply:
July 6th, 2010 at 9:04 pm
@azizan4444, hahah tambah loni mcm2 jenis cara nk bunuh cicak, bukan stakat bedil ngan getah jah, pesticide untuk cicak pn ada jual.
kat rumah ni ada satu cicak besar. raja cicak kot. kerja dia makan lipas. hahaha so rumah ni memang tak de lipas. gila besar cicak tu. menakutkan
TMUkmkd recently posted..Bina Tema Gunakan Sistem Grid
nyetok Reply:
July 6th, 2010 at 9:06 pm
@TMUkmkd, Raja cicak hahaha.. kompom najis dia pun besar tu. Kalo banding cicak dengan lipas, rasanya lipas lagi kotor.
kecik2 dulu, abah jentik cicak.
pastu kitorang pas kat kucing cicak2 tu..yeahh!!
nyetok Reply:
July 6th, 2010 at 9:08 pm
@bukanputeriraja, ni bukan puteri raja, puteri ganas neh.. Tak baik… nabi suh bunuh ngn satu pukulan untuk ganjaran pahala yg lebih besar.
jom bunuh cicak-man…ahahaha :o:
apiih recently posted..Budak 12 tahun ditahan kerana “Melepaskan Angin”
nyetok Reply:
July 6th, 2010 at 9:10 pm
@apiih, jom.. next movie demo jd hero
yeah kill kill kill die die die
nyetok Reply:
July 6th, 2010 at 9:10 pm
@meo188, terlebih semangat? :aie:
lama dh x wt keja mcm nie…..
wah jangan banyak-banyak bunuh cicak ntar dapat pahala :8 habis itu dapat penjara
. di tahan sama polisi. :bloody: :aie:
Hi there. I’ve saved this artecle so I can read it later. I’m sorry if this sounds dumb but I was wondering if someone could show me how to put this article to my windows dekstop. Anyway, tahnks again!!
sangat berguna…mohon copy utk pembacaan seterusnya
Pingback: Q124 Memohon ‘bigger bang’ « Keluarga Sharif Yamah