
Ini alasan kerajaan berkenaan dengan kenaikan harga gula dan minyak. Kawan copy paste dari laman web kerajaan. Kawan tak rasa yang alasan tu munasabah pun.
Keputusan untuk menyelaraskan harga minyak dan gula ini khususnya diasaskan daripada tiga perkara penting:
- a. Pertama, kesemua subsidi ini tidak menepati sasaran – ia memberi faedah juga kepada pihak yang tidak layak, iaitu warga asing dan rakyat yang berpendapatan tinggi yakni mereka yang mampu untuk membayar petrol tanpa subsidi. Fokus kita sepatutnya ialah bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana bukan mereka yang memandu kereta import yang mewah. Subsidi gula yang berlebihan pula memberi faedah kepada industri-industri dan bukannya keluarga. Hampir dua kali ganda subsidi gula ini digunakan oleh sektor perniagaan berbanding isi rumah.
- b. Kedua, barangan yang bersubsidi tinggi selalunya membawa kepada aktiviti penyeludupan kerana pemberian subsidi telah menjadikan barangan ini paling murah di rantau ini. Pada tahun 2009 sahaja, ramai penyeludup telah ditangkap ketika cuba membawa keluar lebih 200 tan metrik gula. Sebenarnya, jumlah yang tidak dapat ditangkap kerana penyeludupan ini adalah lebih besar. Diesel terus diseludup dan dijual secara haram di negara jiran. Pihak berkuasa telah meningkatkan pengawalan untuk menghalang penyeludupan, tetapi selagi adanya perbezaan harga yang besar, penyeludup akan terus dengan kegiatan haram ini.
- c. Ketiga, kita perlu menukar cara kita menggunakan bahan bakar dan gula. Penggunaan bahan bakar yang berlebihan akan mengurangkan sumber negara dengan cepat dan tidak menyumbang kepada usaha kita melindungi alam sekitar. Dengan 40 peratus rakyat Malaysia yang berlebihan berat badan atau obes – dan peningkatan jumlah penghidap diabetes – kita perlu menangani apa yang dilihat sebagai satu isu kesihatan. Mengurangkan penggunaan gula di kalangan anak-anak khususnya, adalah langkah yang tepat.
Hahaha mengurangkan penggunaan gula di kalangan kanak-kanak.!
Popularity: 36% [?]







semuanya alasan semata2… tak fikir kepada rakyat…
Syafrizal recently posted..Perasmian RFC Kangar Di TV1
nyetok Reply:
July 21st, 2010 at 12:14 pm
@Syafrizal, kawan pun rasa alasan tu tak cukup kuat haha
quote dari mantot waktu nak bagi nama kucing tanya rakyat, waktu nak naikkan harga takde pulak tanya :bloody:
fina fento recently posted..Kalau korang dapat student macam ni- apa korang rasa
nyetok Reply:
July 21st, 2010 at 12:15 pm
@fina fento, itu kucing 1 malaysia, sbb tu tanya rakyat hahaha..
ini bakal jd soalan SPM tahun 2010 kot… huhuhuhuhu….
meo recently posted..Komik- Kartini VS Kartinot
nyetok Reply:
July 21st, 2010 at 12:14 pm
@meo, kalau jadi soklan spm ni, sakit otak jugak nk jawab.. soklan x clear
Asyik naik dan naik je semua ni,Macam mana la nasib rakyat yang berpendapatan rendah lepas ni
wazy recently posted..Ghost
nyetok Reply:
July 21st, 2010 at 12:13 pm
@wazy, haha barang asek naik je, pendapatan rakyat plak tak naik2..
tapi kenapa IPP terus diberi subsidi… sedangkan mereka dh mendapat untung y ckup besar.
nyetok Reply:
July 21st, 2010 at 11:59 am
@Dinie,subsidi IPP ada sign kontrak dan perjanjian, subsidi ngn rakyat mana ada apa2, boleh ubah bila2 masa heheh. Itu kot sbbnya
Tapi memang betul jer ada ramai yang salahguna subsidi ni, yang menerima nasib malang, adalah kita-kita ni… huhuhu… apakan daya…
Eizil recently posted..Anda pernah tidur di Istana Negara
nyetok Reply:
July 21st, 2010 at 12:12 pm
@Eizil, Btol bro, sbb industri smuggling kat sempadan menguntungkan. Tapi macam x adil kan, seluruh rakyat kena tanggung…
SAYA NAK MEMBEBEL.
rakyat dah terbiasa dimanjakan.subsidi hanya membantu yg susah dlm skop yg kecik. bnyk lagi cara laen.
takkan naek beberapa sen susah nak terima.
sepatutnya rakyat berterima kasih sebab kerajaan mengurangkan subsidi secara berperingkat,,,kalau ditarik teros macam mana?
the statement that says we have the lowest sugar price in this region is the prove how fortunate we are.
(until we become the top country with diabetes)
nyetok Reply:
July 21st, 2010 at 11:53 am
@bukanputeriraja,Kawan orang kampung ni pun nk membebel jugak:
Kenapa tarik subsidi rakyat, tarik la subsidi IPP, smpai puluh2 billion tuh. Salah satu sumber subsidi tu pn dari hasil cukai duit rakyat jugak kan?
Kalau kita tengok sekali lalu mmg sikit je,tapi kalau selidik balik dalam tempoh 3 tahun kos sara hidup purata isi rumah akan meningkat sebanyak 20%. Bukan sikit tu.
Klau betul nk cegah diabetis, sepatutnya bkn dengan menaikkan harga gula, tapi kena educate rakyat tentang diabetis. Educate pasal seks boleh plak.Nak compare harga negara lain, tgk plak negara tu ada sumber mcm negara kita x. sama kaya dengan negara kita kah? haha
Boleh nak naikkan harga barang, tapi pendapatan rakyat pn kena la naikkan jugak hehehe. gula dah 2kali harga naik tahun ni.
alasan jek tu..duit banyk hbs pada bende yg tak berfaedah..
eiyda recently posted..sakit sakit sakit & sakit lagi
nyetok Reply:
July 22nd, 2010 at 8:06 pm
@eiyda, hahaaaa di Terengganu byk abes kat Moonsun Cup, Stadium runtuh kot hehe..
depa amik pendekatan naikkan harga rokok..saban tahun naikkan cukai atas alasan kesihatan rakyat..rakyat diam je..cam leh terima..ekeke…so apply la kt gula plak…
nyetok Reply:
July 22nd, 2010 at 8:08 pm
@mekjah, macam tak berapa menjadi je alasan kesihatan utk kenaikan harga gula neh.. kalo berkesan, byk la kuih yang tawar di bazaar ramadhan nanti
@nyetok – aduh… mmg la ada perjanjian dan kontrak… tp masih blh disemak balik… dh la dulu Cukai Untung Luar Biasa untuk IPP x jadi… Pak Cik Kayo lagi kayo la… n Pak Cik susah makin susoh la gini gak…
nyetok Reply:
July 22nd, 2010 at 8:11 pm
@Dinie, Cukai untung tu tarik balik katanya sebab nak jaga pelabur dan pasaran saham aheh..
Tempoh perjanjian PPA biasanya menjangkau 5 hingga 25 tahun.. Byk tahun lagi la nampaknya Pakcik Susah kena hidup susah kan?
@nyetok –
yes. bijak en. nyetok..
saya setuju.
tapi pada masa yang sama, jangan melihat IPP sebagai satu syarikat yg kaya raya dan dpt menikmati subsidi.
kite cuba tgk dari angle yang laen.
subsidi yang diberikan kepada mana2 syarikat pengeluaran sebenarnye akan bagi faedah kpd rakyat.
dlm kes IPP, subsidi akn mnjadikan bekalan tenaga lbh murah, ttpi bukan dlm jangka masa trdkt.(arrgh..x suke sub ekonomi)
msia mmg kaya. tp gula mostly import dari brazil. drpd spend bnyk2 dekat gula, lps tu rkyt jual kt ngr jiran, kan lebih baek spend kt benda laen.
betul, kene tambah pndapatan rakyat.
caranye ialah dengan menambah peluang pekerjaan.
dan apabila industri diberi subsidi, ia berkembang lalu membuka lebih bnyk ruang2 kerja untuk rakyat.
bagus isu en.nyetok kali ni..heee
nyetok Reply:
July 22nd, 2010 at 9:51 pm
@bukanputeriraja, Tocey tocey.. haha kawan tetap dengan pendirian pessimist kawan ttg IPP neh. Kotor la isu IPP ni..
Ahem gula dan penyeludupan.. Pendapat 2 sen kawan. Naikkan harga gula xkan dapat selesai masalah penyeludupan. Kalau orang tak seludup gula pn, barang bersubsidi lain orang tetap seludup jugak.Patutnya perbaiki mutu kastam, bkn dgn naikkan harga barang dan jadikan alasan nk kurangkan penyeludupan.
harga tenaga yang TNB beli dari IPP adalah tggi dan tetap… maksudnya, kalo tenaga tu x digunakan sekalipun, TNB tetap kena byr pd IPP… sedangkan IPP dpt gas dgn subsidi…
nyetok Reply:
July 22nd, 2010 at 10:00 pm
@Dinie, Betul, dan tenaga elektrik ni bukannya boleh disimpan.. Reserve margin negara kita antara yang tertinggi di dunia. Mengikut statistik dari http://www.epu.gov.my dah 7 tahun reserve margin melebih 40%..7 tahun jugak la bayar untuk benda yang tak digunakan.
nak mebebel jugok lah
niru nyetok nge bukanputeriraja
ye ke ratyat lowni manja sangat sapa x mampu beli barang tanpa subsidi????
jawapan aku la ok
ratyat mampu beli walaupun tanpa subsidi cuma perbelanjaan untuk benda lain jadi berkurang la. bila x cukup duit start la pinje pitih nge along. padohal sokmo duk ngepeng jange duk pinje nge along… pah pinje nge bank pom samo jah, interest tgg jgk. so x dak beza bank nge along..
so lagi pasal menambah peluang pekerjaan
tambah peluang pekerjaan memang bagus. tapi gaji pon paham2 la kena up jugak. nie x kerja dah la kurang, pas2 gaji yang kerja lama pon takat tu jerk.
patutnya kata pemimpin yang dimanjakan. makin lama mandat diberi, makin menjadi-jadi plak haraga barang naek.
bila nak mengundi jerk projek juta-juta naek boleh plak….
masa tu tahu plak nak manjakan ratyat (nak mintak undi jerk) :p
apela lorang ni..bebel je…cubalah kita pk kan cara yg terbaik utk mgelak hrga naik..kita sbgai rakyat sbnarnya lbih berkuasa..spatutnya k’jaan kena ikhtiar utk kita..sebab kita undi dia.(bagi sesiapa yg undi). cuba tgk sekeliling kita..sekarang perbelanjaan seharian lbih kurang Rm50 sehari..itu negara kita yang “baik ati”..ade kemungkinan 10 tahun lagi..duit da xde nilai.da macam air.seratus sehari abis.ke mana kita di masa depan?ape lgkah kerjaan?yang penting bermula dari kita..renung2kan..selamat beramal..
pojek juta2 pun duit rakyat jgk..
Pingback: Tweets that mention Alasan Kenaikan Harga Petrol,Diesel dan Gula versi 2010 -- Topsy.com
Pingback: #UbahGayaHidup | IamYonna