Trip keluarga ke Pulau Rhu

Kawan baru balik dari melancong. Masa naik lif tadi kawan perasan kulit lengan kawan sama kaler dengan karat kat dinding lif. Kulit kawan gelap, merah-merah macam karat, tu orang panggil sun tan. Kawan tengok cermin, muka kawan macam udang kene bakar, macam jugak udang yg dah dijadikan belacan. Nasib baik kawan bawak langsir baru yang tebal, boleh la kawan bergelap dalam bilik untuk memulihkan kulit kawan supaya putih tak berapa putih kembali seperti dulu.

Kawan melancong ke BESUT, TERENGGANU. Kawan satu family naik bot pergi pulau Rhu yang jaraknya kira-kira dua batang rokok nusantara sahaja dari belakang rumah kawan. Family pakcik kawan pun ada sekali, tapi mereka naik bot lain. Kawan seronok sebenarnya bila ada trip pegi pulau ni, tambah-tambah lagi kalo pulau Rhu. Kawan rindu. Padahal hari-hari kalo kawan bukak tingkap belakang, kawan nampak pulau tu.

Bapak kawan parking bot jauh dari pantai sebab pulau Rhu banyak terumbu karang, takut nanti bot bapak kawan jadi senasib dengan titanic pulak. Kemudian, bapak kawan transfer penumpang dan barang-barang guna sampan kecik. Adik-adik kawan yang besar, mereka berenang je dari bot ke pulau tu. Kawan pun berenang jugak, tapi kawan pakai life jacket, kawan takut semput dan tenggelam sebelum sampai ke destinasi. Stamina kawan bukan stamina ayam kampung macam kawan budak-budak dulu dah. Salah kawan kuat merokok, 24/7 duk depan komputer. Jadilah ayam kampung pencen.

Asalnya kawan nak lepak bawah pokok je, tapi kawan takleh tahan tengok adik-adik kawan duk seronok berenang main air. Jadi kawan pun join mereka.  Kawan berenang ke hulu-hilir sambil tengok terumbu karang. Masih ada lagi terumbu karang hidup kat pulau Rhu ni, airnya pun masih jernih lagi. Kawasan pantai dah berubah, banyak semak tak macam dulu. Tapi dari pemerhatian kawan, kawasan pulau ni masih lagi menjadi pusat pendaratan penyu untuk bertelur sebab kawan nampak ada lagi kesan pasir anak penyu turun ke gigi air. Masa kawan kecik dulu pulau ni agak femes jugak dengan telur penyu.

Popularity: 23% [?]

Most Popular Posts

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to Trip keluarga ke Pulau Rhu

  1. wah..seronoknye..tapi sye tak pandai berenang..ish..rugi2

  2. Azah says:

    macam ni pun kira trip ke?
    huhu… nice knowing u kawan..

  3. lamanya tak nyinggah besut.. ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:
Tags:
Separate individual tags by commas