Henpon pertama kawan dulu Nokia 2100, ma kawan beli sebab kawan nk masuk matrik. Kawan reti guna henpon agak lewat sedikit berbanding member2 seangkatan, selalu kena kutuk sebab lembab taip SMS dan ayat kawan ejaan standard sebab kawan tak fasih lagi shortform sms time tu. Kadang- kadang tu kawan terpaksa tanya member balik bila tak faham shortform yang dia gunakan.
Kawan jarang tukar phone, bila rosak atau hilang baru beli henpon baru. Bila beli baru pun, kawan tetap pilih phone Nokia sebab brand ni tahan lasak. Phone kawan pernah jatuh dari tingkat dua, kawan kutip balik ikat2 dengan getah. Selagi boleh berfungsi untuk sms dan buat panggilan, selagi tu kawan guna.

Henpon nokia terakhir kawan beli Nokia 3230, orang panggil nokia trailer, kawan tatau mana dorang nampak rupa trailer dalam henpon tu. Model nokia ni banyak nama yang pelik-pelik, ada model lesung, sabun, skupang, model sembilu pon ada. Masa balik kampung arituh, nokia lori balak kawan neh skrin dia rosak. Dalam keadaan tergesa-gesa nk pulang ke habitat kawan ni bandar, kawan terpaksa rembat Sony Erricson adik perempuan kawan. Budak skolah rendah mana boleh pakai henpon, nanti terjebak dengan kegiatan video lucah plak.

Henpon yang kawan rembat ni kaler pink, Sony Ericson tapi touchscreen.. Alamak touchscreen..! Produk China..! Tapi logo dan ejaan sebijik macam Sony Ericson. Nipis jer, sound plak bukan main kuat lagi, kalo orang call time tido, kompem kawan terjaga.

Henpon china ni agak annoying bagi kawan, function yang tah ape2, lama jugak kawan tercari-cara cara nak tukar ringtone. Satu lagi masalah bila nk setting GPRS dan MMS, macam-macam yg nk kena key in. Walaupun sound kuat, tapi awek kawan asek tak dengar je bila kawan bercakap dalam phone. Paling kawan tak suka bila kawan dah takleh nak reply SMS masa tunggang motor…

Oleh kerana phone ni kaler pink, kawan seboleh-bolehnya akan cuba mengelak dari melakukan aktiviti yang melibatkan penggunaan phone ketika di khalayak ramai. Phone pink ni boleh mendatangkan fitnah jika diperlihatkan kepada member2 kawan.

Kawan belum memerlukan lagi phone yang canggih seperti iPhone, android, HTC dan blackberry. Tahap kegiatan kawan di laman sosial internet belum smpai ke tahap untuk dibawa ke mana-mana. Kawan cuma mahukan phone yang selesa kawan guna untuk SMS dan jawab panggilan. Next time kawan balik kampung kawan akan paw ma kawan untuk phone baru.
Popularity: 31% [?]







phone kaler pink..ayu gitu,…ahaha
hahaha mad,suko baco psl nih..
ape salah pink..kaler jugak..haha.
tunggu nanti2 sudah..skrg keluar 4g..nanti 4gs..pehtu 5g lak..tak terkejar lak..kekeke
HyperPlasma recently posted..The Flow To Learn
aww comel warna pink. hahaa.
alaa beli henfon 2nd hand pon dah bagus.. Asal boleh sms, call main game dah cukup..
Zala Wajik recently posted..Alexa Ranking pada July 6- 2010