Digital Painting Bagi Yang Bukan Artis

Dari kecik lagi kawan minat melukis tapi tiada bakat dalam bidang seni. Kalau ada pun cuma bakat tersepit yang kawan asah dengan menconteng buku semasa kuliah. Lukisan kawan cakar ayam, biasanya kawan lukis kepala sahaja, bila tambah badan confirm makhluk yang kawan lukis tu nampak spastik. Oleh kerana kekurangan bakat dalam seni lukis kawan lebih banyak melepaskan gian melukis dengan grafik vector. Sehinggalah tahun lepas, kawan beli wacom tablet kat lowyat hasil duit gaji kawan keje kat Menara Celcom.

Ini dia rupa binatang tu:

Dan ini dia lukisan pertama kawan:

Macam haram kan? Seminggu je kawan guna tablet tu kemudian kawan give up sebab memang menyusahkan. Kawan peram mende tu dekat 5 bulan kemudian baru bukak balik. Kawan buat research, baca tutorial dan hasil terkini lukisan kawan adalah potret yang kat atas skali tu. Sedikit tips dari kawan untuk yang baru nk belajar melukis secara digital.

1. Latih kordinasi tangan dan mata korang. Melukis guna tablet tak sama dengan melukis atas kertas sebab mata kita pandang monitor dan bukannya tempat melukis. Mula-mula memang kekok sikit, tapi biasanya benda ni tak makan masa yang lama untuk mahir. Bila dah mahir kadang2 korang akan rasa menyampah plak nak guna mouse.

2. Gunakan canvas yang besar. Kawan biasa guna canvas 1000px x 1000px untuk lukisan kawan. Saiz yang besar memudahkan korang untuk tambah details pada lukisan.

3. Pilih brush yang sesuai. Korang boleh download custom brush untuk photoshop dari Deviantart.com. Cuba bermain dengan brush yang berbeza2, dan mahirkan jari korang dengan tekanan semasa mewarna.

4. Kawan mula melukis guna Photoshop tapi kawan rasa untuk portrait painting, guna Painter lebih feel. Efek brush pun lebih realistik dan color palette lebih senang untuk kerja2 campur kaler.

5. Bagi yang takde asas dalam senilukis (macam kawan), korang kena banyakkan research untuk lighting ,coloring dan drawing. Segala mak nenek tutorial tu boleh diperolehi dari deviantart dan youtube.

6. Yang paling penting -> jgn putus asa, nanti tak ke mana.

Itu sahaja tips dari seorang beginner digital painter. Harap ianya  membantu bagi korang. Kawan start melukis secara digital awal tahun lepas. Itu pun hangat-hangat tahi ayam je. Banyak painting kawan, kawan post kat twitpic. Korang boleh bukak sini.

Terima kasih.

Popularity: 26% [?]

Entri Berkaitan

This entry was posted in Design, Komputer, Life and tagged , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

20 Responses to Digital Painting Bagi Yang Bukan Artis

  1. Luth Textile says:

    harga lu beli menatang ni brapa bang?

  2. nyetok says:

    Dah lupa beli berapa dlu.. bawah 400 kot.. depends on size..
    skang lagi murah kot..

  3. chybee says:

    mantap juga nyetok buat :D I like!

    nyetok Reply:

    Terima kasih. u punya photography 100x lebih mantap.!

  4. MrSup says:

    hebat2..lawo la lukisan tu.. gud job.. :)

    nyetok Reply:

    Terimo kasih Encik Sup…!

  5. SyuQ says:

    digital pon nampak cam real
    cantik

    nyetok Reply:

    Terima kasih :8

  6. Azah says:

    pinjam boleh? :mrgreen:

    nyetok Reply:

    Boleh… bolehh.. hehe

  7. merahs says:

    rajin berlatih melukis gitu jadi lawa lukisannya.. tahniah!

  8. apiih says:

    panda demo nukih..kawe buke ore seni..payoh la skit. :mrgreen:

    nyetok Reply:

    Kawe pn bkn ore seni hahahak. Start kora2 gitu jah

  9. Zala Wajik says:

    oh benda alah ni :) aku ada juga. haha

    nyetok Reply:

    Bamboo gak ke? kawan ingat nk tukar ke saiz yg lebih besar

  10. lia3003 says:

    mahal x nak beli barang2 nak melukis tu…?

    nyetok Reply:

    Takde la mahal sangat, mampu dibeli..

  11. ejum says:

    good job..memang ada seni lar.. :)

    nyetok Reply:

    Thnx bro..:D

  12. Mus says:

    hebantnya..
    boleh buat bisnes ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:
Tags:
Separate individual tags by commas