Lif dalam hidup beliau

Ini Gambar lif.. paham?

Dah lama tak update blog. <<– Mukadimmah umum blog aku hahak. Oleh kerana ketiadaan idea untuk menulis, kali ni aku jadikan LIF atau ELEVATOR sebagai isu untuk dipersalahkan. Kepada mereka-mereka yang tak pernah naik lif atau tak tahu ape itu lif, sila bertanya kepada ibu bapa anda untuk maklumat yang lebih lanjut. Kesuntukan masa menghalang saya untuk menerangkan definisi lif secara lebih terperinci.

Di blok apartment tempat aku tinggal ada 3 buah lif,  A, B,C, tapi hanya dua sahaja yang berfungsi. Sejak hari pertama menetap kat sini aku belum pernah naik lif B, pintunya tak pernah terbuka. Mungkin lif B dikhaskan untuk kegunaan roh-roh dan semangat Dewa Tapir yang merayau di kawasan apartment ni. Fungsi lif B masih menjadi misteri kepada penghuni apartment ni. Untuk mengelakkan panik dikalangan penghuni, pihak pengurusan telah mengambil langkah bijak mengecat pintu lif tersebut dengan warna yang sama dengan warna dinding lobi. Duit maintainance bayar bulan-bulan untuk maintain perut buncit pihak pengurusan.

Cerita tentang lif A dan lif C pula. Kali pertama melangkahkan kaki ke dalam lif tersebut, penumpang  akan tertanya-tanya, ini lif ke jamban?  Tapi mana mungkin dalam jamban ada kamera litar tertutup CCTV.  Bahagian dalam lif A dan lif C dipenuhi dengan contengan-contengan kerja tangan vandalism, antara quote yang menarik terdapat pada dinding lif adalah “Chandra Kumar cinta dot dot“. Setan punya Chandra Kumar, dah la nama tak cantik, nak jugak menyemakkan dinding lif.  Contengan lain yang berulang-ulang ialah “Gay -019-8……..”. Tidak dapat dipastikan sama ada perkataan sebenar yang hendak ditulis adalah “GAY” atau “GAS” kerana tulisan tersangatlah cakar ayam. Mungkin diiklankan oleh seorang penjual gas yang gay.

Lif A adalah paling kecil, lif B dengan muatan sederhana, manakala lif C adalah lif paling luas untuk kegunaan memunggah barang semasa pindah rumah.  Spefikasi yang ditulis pada plat besi lif A mengatakan lif tersebut boleh memuatkan kapasiti seramai 14 orang penumpang dengan berat maksimun 1500 Kg. Realitinya, sumbat dua orang budak sekolah rendah, 3 orang dewasa dan seorang remaja kurus bernama nyetok , amaran lebih muatan akan berbunyi. Lif tu sebenarnya hanya mampu menampung berat kurang dari 600 kg sahaja. Yang aku sakit hati bila alarm berbunyi, masing-masing tak mahu mengalah untuk keluar dari lif.

Kedua-dua lif yang berfungsi tu sebenarnya tidak boleh diharap (Lif B lagi la takleh harap). Lif tersebut berlagak ayu, pintunya buka dan tutup dengan gaya slow motion ala-ala macam web page loading time broadband takde line. Lebih menakutkan bila lif tu turun naik dalam keadaan tersangkut-sangkut disertai dengan efek bunyi seperti gerabak keretapi balak. Satu kelebihan lif di block apartment ni, kedua-dua lif tu  bergerak selari dan akan tiba pada floor yang sama serentak. Adakalanya aku kena tunggu smpai 15minit, habiskan rokok dulu sebatang baru lif tu sampai, tapi aku boleh pilih lif A atau lif C kerana pergerakan parallel itu.

Pendek kata lif di blok apartment aku ni memang layak menerima anugerah lif  uzur dan kurang efisyen. Kadang-kadang lagaknya seperti perempuan diambang menopause, kejap berfungsi kejap tidak. Pernah beberapa kali aku longgar lutut turun naik tingkat 11 guna tangga gara-gara lif mogok. Penghuni tingkat satu dan dua jangan harap la nak turun naik guna lif sebab butang lif untuk floor tersebut tinggal lubang je. Tapi syukurlah sekurang-kurangnya lif tua ni masih boleh berkhidmat, kalau tak memang basah spender lar aku kena panjat tangga.

p/s: Beberapa tahun lepas masa melawat rumah kawan di Petaling Jaya aku penah jumpa jumpa lif yang betul-betul ada tahi kat dalam. Real punya tahi, seyesly, ada orang mabuk todi berak dalam tu.

Popularity: 25% [?]

Entri Berkaitan

This entry was posted in Am, Life, Memory and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Lif dalam hidup beliau

  1. Anarm says:

    hahaha.. berak dlm lif..

  2. apiih says:

    kah3..kucing kot yg berak..uhuuhuhuh

  3. Azrul Hisham says:

    salam ziarah dari Geng Blogger..

    datang guling2 jap kat blog ni..hehe

    Azrul Hisham – My Real Life

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:
Tags:
Separate individual tags by commas