Kisah dua sahabat si pencari madu, dua versi yang berbeza… Cerita yang lebih kurang sama ada tertulis dalam buku teks Bahasa Malaysia masa aku bersekolah rendah dlu.
Ali dan Abu (nama tipikal dalam cerita Melayu) adalah pencari madu. Oleh kerana sudah lama berkawan, suatu hari Ali mengambil keputusan mengajak Abu masuk ke hutan sama-sama mencari madu, dengan niat nak berkongsi port rahsia madu gred A++ dengan sahabatnya. Tanpa berfikir panjang Abu terus bersetuju, sebagai pencari madu yang oportunis peluang melombong di lubuk madu tak boleh dilepaskan. Tambahan Abu ada jeles2 ringan dengan pendapatan Ali yang berlipat kali ganda daripada pendapatan beliau.
Dalam hutan: (scene berikutnya diringkaskan).. <–(aku start malas menaip)
-byk pokok tualang,tempat febret lebah bersarang. Sedang dorang leka usya madu, tetiba bunyi beruang mengaum.- bergegas melarikan diri. Atas sebab-sebab tertentu (tiba2 terpijak ubat stapler misalnya) pergerakan Ali menjadi terbatas.-Abu panjat pokok, tinggalkan Ali.- Ali pura2 mati. Beruang spotcheck badan Ali dan blah dari situ. Ali spelet Abu beruang tu pesan jgn berkawan dengan orang yang selfish macam Abu, buang karen je.
Okeh itu cerita versi sebelum KLCC dibina.. Seterusnya, versi selepas dunia semakin maju..
Cucu Ali dan cucu Abu ke tempat yang sama, atas sebab yang sama (perniagaan turun-temurun 3 generasi), juga kerana hasrat murni yang sama (berkongsi kekayaan). Generasi baru lebih berhati-hati, memakai but tebal hasil pengajaran daripada episod ‘terpijak peluru stapler‘. Beruang yang sama mengaum lagi menghampiri mereka;-mereka berdua cuak.! Cucu Abu mengeluarkan kasut jogging dari beg sandangnya.
Cucu Ali: “Kasut jogging tu boleh buat ko lari lebih laju ke?”
Cucu Abu: “At least lebih laju dari larian kau. Bila beruang tu makan kau, aku akan selamat”
Tamat cerita. Key moral of the stories, manusia adalah makhluk yang selfish. Kawan dulu-dulu ada yang pentingkan diri, kawan sekarang gunakan kamu untuk kepentingan diri.
Aku suka subjek psikologi. Entri ni dah terlebih panjang, tapi mari berkongsi tentang psikologi orang yang selfish.
Satu kajian telah dijalankan oleh ahli psikologi. Beberapa orang sukarelawan diuji menggunakan permainan komputer dan ditawarkan wang tunai jika memenangi permainan tersebut. Mereka diberi pilihan samada untuk membawa pulang hadiah tersebut atau menyumbangkannya kepada rumah kebajikan. Hasil imbasan pada otak sukarelawan, mereka yang bermain untuk menderma menunjukkan kadar aktiviti sihat jauh lebih tinggi berbanding mereka yang bermain utk diri sendiri.
Hasil kajian juga menunjukkan makhluk2 selfish neh lebih cenderung menghidapi kecelaruan personaliti seperti masalah antisosial, masalah emosi dan keegoan melampau. Sikap selfish kebanyakan terbentuk akibat penderaan emosi zaman kanak-kanak, kurang perhatian daripada ibu bapa dan keadaan keluarga itu sendiri.
Ada buah tangan:
Ada 5 perkara berlaku serentak:
1. Air mendidih kat dapur.
2. Air paip melimpah kat bilik air.
3. Bayi menangis.
4. Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.
Soalan: Antara lima (5) perkara tersebut, perkara yang manakah lebih penting atau perlu didahulukan atau diuruskan terlebih dahulu. Anda perlu susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan jika semua perkara tersebut terjadi serentak dalam masa yang sama. Bayangkan situasi anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang, fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda, perkara-perkara tersebut mestilah diselesai kan.
Fikirkan ~
————
————
————
————
Amaran: anda dilarang menipu sambil melihat jawapan dibawah terlebih dahulu. ini tidak jujur sama sekali.
Sudah buat keputusan jika perkara tersebut berlaku pada anda?
apakah fakta terselindung disebalik jawapan dari tindakan yang anda lakukan jika ini benar-benar terjadi.
Apakah Ciri / Sifat / Perkara yang anda utamakan dan pentingkan dalam memilih pasangan anda?
• Kalau anda memilih untuk menutup air mendidih: menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan ’si dia’ untuk membimbing anda.
• Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air: menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.
• Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis: menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.
• Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi: menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.
• Kalau anda memilih untuk membuka pintu: menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.
P/S: ini hanya fakta yang tidak tahu kesahihannya, tapi tidak salah jika kita mencuba. mungkin kita dapat memahami cara atau tindak-taduk seseorang dari psikologi ini dan tahu serba sedikit cara pasangan kita berfikir. Selamat mencuba!
Popularity: 9% [?]







ein pilih bayi nangis dl…then angkat phone ckp akn call blk…next,suh org kat pintu tu tgu jap…terus g kat bilik air tutup paip n ke dapur utk mati kan gas air yg dh masak 2…
*ciss, cam sebijik xtvt harian di waktu ptg..hehee