
Arakian sahibul hikayat tersebutlah sebuah kisah seorang lelaki kurus yang lurus lagi mulus hatinya baru sahaja putus kasih. Hendak dijadikan cerita, lelaki tersebut menggali contact list YM nya untuk menawar luka hatinya yg sedang bermuram durja. Maka dipendekkan hikayat, dengan madah sakti temulah ia dengan seorang gadis sunti yang sudah bertahun lost contact. Mereka pun sepakat untuk bersua mata , waima sudah single tetapi lelaki kurus masih berasa gundah.
Mulut lelaki kurus melopong bagai mabuk madat melihatkan eloknya paras gadis itu, mirip Misya Omar dihempap bumper pajero. Sekali lagi dipendekkan kisah, mereka pun melepak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Sungguh leka, apatah lagi gadis itu petah menyambung cerita bak panglipur lara. Lelaki kurus dengar sahaja, dari cerita korea hinggalah cerita tamil.
Sedang gila ralit mendengar cerita, tiba-tiba hidung lelaki kurus itu dikasari oleh satu bau yang entah mana datangnya. Bulu hidung bagai disentap-sentap. Bukan bau jebat, bukan juga bau tuah. Maka diamati bau itu sebetul-betulnya , yakin la ia tentang bau itu. Asi,sahih, isbat, sengoti, absah dan muktamad bau perfume itu tidak asing baginya. Sungguh tajam dan seksi..
Hari berganti purnama. 3 purnama selepas kejadian gerhana baru-baru ini. Mereka semakin rapat bagai merpati terbang sepasang. Waima begitu lelaki kurus masih trauma selepas peristiwa itu. Semakin dipendam beban itu, semakin berat kepalanya. Trauma yang gila babi punya trauma, diluah ke langit, langit runtuh, diluah ke bukit, bukit pecah, diluah ke gunung, gunung luruh, diluah ke sungai , sungai kering. Begitulah bebannya. You know what i mean rite? Muka cantik tapi bau, ya tuhan.!
Lelaki kurus mencapai henpon, walaupun gugup berbelah bahagi, lelaki mesti kuat. Jari memetik2 henpom dan ditekannya butang hijau. Lelaki kurus bercakap dengan klon Misya Omar (over the phone).. Biar apa pun yang terjadi, hatta guruh memecahkan kerak bumi sekalipun, soalan cepu emas mesti diajukan. Dia tidak sanggup lagi hidup dibayangi misteri. Seperti air melimpahi guri ditengah hujan lebat, senang sahaja soalan itu keluar dari mulutnya.
Dan kata-kata terakhir yang didengari dari mulut perempuan itu..
“Apa you ingat I ni jenis kentut sepah-sepah ke?”.. tuttttt… silent.. Mereka pun jarang berhubung selepas itu.
Moral of the story, jangan tanya soklan kentut pada perempuan.. kalo tak, dorang akan lari.
Sila Komen, Terima Kasih.!
Popularity: 31% [?]







huh
kalu kawe aritu jugop putuhReply – Quote