
Tahun 2009 sudah hampir ke penghujungnya. So far banyak yang aku telah pelajari, tak sangka dalam masa setahun macam-macam perkara berlaku. Tahun yang start dengan penuh kebahagian dan endingnya begitu menyengat bikin aku sakit kepala.
1. Karma itu wujud , putarannya tidak menentu. Lambat atau cepat giliran pembalasan tiada siapa yang tahu. Seorang tukang gunting mengalami masalah keguguran rambut yang serius, ujarya itu mungkin adalah karma.
2. Manusia adalah makhluk yang manipulatif. Berhati-hati dengan budi orang, kaki pancing ada di mana sahaja, mungkin sebab itulah wujudnya peribahasa “Ada udang di sebalik batu“. Aku meluat dengan orang yang suka mengambil kesempatan dan mempergunakan orang lain untuk kepentingan sendiri.
3. Kawan makan kawan adalah satu perkara biasa, kerana kawan adalah santapan terdekat . Kalau tak makan kawan nak makan siapa lagi. Berhati-hati dalam berkawan dan bersedia untuk menghadapi tikaman dari belakang. Kawan aku kebanyakannya adalah pemangsa.
4.Cinta jarak jauh adalah rapuh kecuali pasangan korang adalah seorang yang setia dan komited. Kembali ke dunia single n simple.
5. Janji adalah ibarat perjudian dan harapan adalah modal yang dipertaruhkan. Selidik dengan siapa kita berjanji dan jangan meletak 100% harapan pada janji. Terlalu mengharap pada janji boleh menyebabkan kita kecewa.
6. Sabar biar berpada-pada. Orang akan respect kalo kita adalah seorang yang penyabar, dan orang akan memperbodoh-bodohkan kita kalo kita terlebih sabar.
7. Manusia lebih mudah melihat keburukan kita berbanding kebaikan. Buat baik sekali orang akan ingat sekali, buat jahat sekali orang akan ingat sampai mati.! Sebab tu la ramai orang berlakon jadi baik kot, memang fitrah manusia nakkan yang baik2 saja.
Pendek kata tahun ni aku banyak belajar tentang ragam tipu daya manusia dan pengkhianatan.Susah senang mcm mana pun hidup kat dunia kena tempuh dengan sabar nama pun dunia, bukannya syurga. Bagaimana pula dengan korang, apa yang korang dah belajar sepanjang 2009?
Popularity: 20% [?]







suma org ckp tahun 2009 ni lbh byk pahit dr yg manis…byk cabaran dan dugaan…tirai 2009 pun bakal berlabuh…jom kt tgl kan segala yg pahit 2 n cari segala yg manis….
nyetok Reply:
December 29th, 2009 at 3:11 am
@..ein.., Huhuhu agak pahit jugak la ein, tapi manisnya tetap ada
.. Mtk2 la taun depan lebih smooth dari tahun ni
aku percaya hukum karma sbb aku dh mengalaminya..mmg pembalasan tu akan tiba samaada cpt atau lmbt dan yang pasti, pemabalasan adalah dlm bentuk yg sama
pahit manis…2 la kehidupan…itu la yg mewarnai kehidupan kt..suma 2 kenangan yg xkan luput…never give up ok…
huhu napok sangat demo nie hebat list benda2 jadi dalam tahun 2009 neh… kawe suka ko sedih ko kecewa ko sakit ati ko, semo kawe x ingat doh……
nyetokkk…
mana karya agung mu?
dulu demo suko wat lawok.