#14 Cinta Jarak Jauh ??

Assalamualaikum.. Beberapa jam lagi aku akan bertolak balik ke Puchong, tinggalkan family, kucing dan si buah hati Datin tersayang. Belum puas rasanya bercanda-candaan dengan Datin.. Ajaib, entah apa kuasa sakti Datin, berbunga-bunga si kebun hati bila keluar dating dengan beliau. Berat rasanya nak berjauhan dari Datin.. Aceeh hindustan betol..

Aku dan Datin adalah pasangan cinta jarak jauh, dipisahkan oleh bukit-bukau dan gunung-ganang dengan jarak menjangkau ratusan kilometer. Orang kata cinta jarak jauh ni tak tahan lama, so far alhamdulillah hubungan kitorang dah bertahan lebih dari setahun. Dekat atau jauh bukan kayu pengukur untuk menilai keteguhan sesebuah hubungan. Even if Datin tinggal jauh di Maghribi sekali pon, sayang aku untuk Datin takkan berubah, ahemmm…Jarak bukan penentu,  laki bini yang tidur sekatil, bersentuh kulit pon boleh bercerai, inikan pula kapel hingusan. Apa yang penting, kita saling memahami pasangan masing-masing.

Tak dinafikan hubungan jarak jauh  banyak cabaran, susah nk handle. Sabar jela, kalo takut dilambung ombak, jangan berkapel di tepi pantai. Cinta jarak jauh ni bila timbul krisis, susah nk setel face to face. Nak jumpa pon makan cost untuk beli tiket, makan masa untuk travel. Dapat jumpa pon kejap je. Itu belum ditambah dengan masalah jiwa rindu dendam dan sebagainya. Bila berjauhan, macam-macam fikiran negatif yang datang, risau pasangan masing-masing curang di belakang. Lagi tak boleh blah time datang rasa sunyi tanpa kehadiran fizikal pasangan.

Jangan tak tau, hubungan jarak jauh pun ada juga kelebihannya.

  • Pasangan yang berjauhan terhindar daripada melakukan maksiat, hendak dicapai tangan tak sampai.  Kan dah selamat satu slot dari diisi dengan dosa.
  • Date orang yang kapel jarak jauh lebih bermakna dibandingkan dengan date kapel yang slalu berjumpa. Dating kerap macam makan nasi, hilang la feel-nya, tambah lagi kalo awek/pakwe tu hari-hari jumpa kat kelas.
  • Ruang untuk diri sendiri- Tiada panggilan maut dari awek suruh pegi hostel hantar roti, atau jadi driver, atau sebagainya. So bolehlah cucuk bola snooker bersama kawan-kawan dengan amannya. Si awek plak boleh bersila mengumpat, bebas dari tanggung jawab menaip esemen untuk balak tercinta kan?.
  • Peluang menilai kejujuran kesetiaan diri dalam percintaan. Kapel jarak jauh lebih cenderung untuk berlaku curang. Tabik spring pada diri sendiri sekiranya anda mampu kekal jujur dan setia.  Dan ‘Boo’ pada diri anda skiranya fail dalam bab ni, sebab itu tandanya anda hati  busuk.
  • Dalam cinta jarak jauh, ada dua jenis sayang. Samaada betul-betul disayangi ataupun hanya disayangi sebagai ‘spare part’ sahaja. Bertuahlah jika anda BUKAN dari golongan ‘spare part’, bukan senang nk maintain sayang utk orang yang physically tak wujud depan mata. Itu tandanya korang disayangi bukan semata-mata kerana sifat fizikal korang.

Jarak yang wujud dalam hubungan cinta jarak jauh bukanlah untuk selama-lamanya. Kalo sepanjang hayat nk berjauhan, baik bercinta dengan makhluk dari galaksi lain.! Dugaannya bukanlah berapa jauh jarak, tapi berapa lama harus berjauhan. Ia mengajar erti rindu dan kesabaran, ia menguji tahap kejujuran, kesetiaan dan kepercayaan, itulah cinta jarak jauh..!

p/s: Cinta rapat-rapat, dekat-dekat, jauh-jauh, kita hanya merancang, DIA yang menentukan.. Doakan aku dan Datin dipanjangkan jodoh.. Aminn.!

Popularity: 4% [?]

Most Popular Posts

This entry was posted in Life, Love, Uncategorized. Bookmark the permalink.

6 Responses to #14 Cinta Jarak Jauh ??

  1. About Me. says:

    hey.. no matter how far or near, I will always love you syg..

  2. Nazra~ says:

    sekarang mana ada jauh, sms boleh, emel boleh, blog boleh…

    ^__^

  3. pauhputik says:

    semoga demo nga datin bahagia sampai akihir hayat

    kalu nok wat nasi minyok ajop la kawe

    kawe nok gie make

    takat besut tu x sapa sejam lebih pom…

    huhuhu

  4. Nyetok says:

    @nazra dekat dihati….

    @pauhputik… insyaallah.. amiiiiinn

  5. LuVidA^^ says:

    suke entry ni….hikhik….
    =)

    cinte jarak jauh ok…tp kalau rindu cmne nk jupe? nanges r sorg2…sob sob..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:
Tags:
Separate individual tags by commas