Dulu kuliah psychology Dr. Rahda, aku yang slalu kene jadi kuli.. Angkat timbunan nota dari bonet keter lecturer, kumpul esemen, fotostat handout pon aku gak yg kne. Mungkin disebabkan mulot yg ske bising-bising dan kuat melawan.. Si Lectrr plak kuat saiko, nak tak nak , kene gak jadi kuli..
Tapi aku bkn jd kuli batak free-free, ada la habuannya.. Soklan spot, tips dan extra mark untuk esemen senang senang je aku dapat. “Amik neh, salin, esok bagi saya balik” sempoinye gaji aku sebagai kuli dibayar ngan soklan bocor mid-term test. Student ngn lecturer sama je xde ethics. Mamposs la, aku makan sorang je, tu la time nama aku dipanggil utk buat itu ini, hangpa satu kelas bantai gelak..
Sedikit ilmu psikologi..
Antara Nafsu, Akal dan Iman..
Mengikut Dato’ Sigmund Freud si Yahudi yang di angkat sebagai tokoh saikologi , personaliti seseorang terbentuk daripada tiga elemen utama iaitu Id, Ego dan Superego.
Id- (inner-desire), ringkasnya id boley kita samakan dengan nafsu. Kejenye tau nakkan keseronokan dan kepuasan je tanpa memikirkan realiti kehidupan dan rasional. Id ni la yg menyebabkan kita mempunyai kehendak terhadap makan, minum, seks dan mende2 lain yang meng”best”kan kita .
Ego-Ego plak boleh diibaratkan seperti akal. Ego bertindak mengawal keinginan Id agar tidak melanggar batasan norma, membezakan keinginan dan realiti dunia luar. Mempertimbangkan keinginan tu realistik atau tak. Tapi yang sengalnye, tukang kawal ni kadang2 tertewas pada kuasa kegilaan Id, tu pasal wujudnya perogol,pencabul,penjahat dan segala jenis ‘pen’ lagi..
SuperEgo- Boleh disamakan dengan iman kot.. Kejenye plak adalah mengawal Id serta Ego supaya xterpesong. Membentuk sahsiah dan moral kita. Superego ni dibentuk melalui asuhan dan ajaran dari masyarakat persekitaran.Kalo bagus asuhannya, bagus la moral dan tindak tanduk seseorang tu, dan sebaliknya..
————–
Itu teori ahli psikologi Yahudi… Katanya kanak-kanak akan membesar dengan tingkah laku yg normal jika Id, Ego dan SuperEgo kanak-kanak tersebut seimbang..
Kadang-kadang teori mereka sampah semata-mata ,ada juga yang diceduk dan dicetak rompak daripada ilmuan islam…
Ape taknye kalo:
Nafsu amarah= Id
Nafsu lawwamah= Ego
Nafsu mutmainnah= SuperEgo
“Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya . Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (Az-Zukhruf, ayat 36-37)
Pape pon, ilmu gua cetek.. Kalo salah tolong perbetulkan.. Untuk yang lebih details, bacalah tulisan Imam Ghazali mengenai pembentukan peribadi, itu lebih hebat jika dibandingkan ngan teori Sigmund Freud neh..
Popularity: 1% [?]







nafsu, akal n iman.. smuanya ada dlm Quran =)
la takrabuz zina, wa la tanhau ngalainaa..